Assalamualaikum
Hari ni 21-12-12 orang cakap dunia akan kiamat mengikut cerita mengarut 2012 tu . Sesiapa yang percaya boleh lemah iman dan rosak akidah. Sekarang nak cakap pasal My bucket list 2013 dan tips . Bila dah ada bucket list , korang pasti akan berusaha untuk mencapainya agar tidak menyesal suatu hari nanti. Dulu masa 2012 berangan impian macam macam tapi tak kesampaian. Tahun 2013 ni nak berusha betul betul. Macam mana nak bagi impian tercapai ? ni ada sedikit tips
1. Sediakan satu diari
Gunakan diari untuk menulis semua impian korang dan buat list bucket senaraikan impian korang dalam tempoh tertentu dalam diari tu . Ceritakan semua pasal impian korang dan jangan lupa korang kena tulis tiap tiap hari baru la ada semangat untuk impian anda tercapai . Selalu berfikiran positif dan mulakan impian dari kecil dulu baru laa boleh maju untuk yang besorrrr :)
2. Inspirasi
Setiap orang perlukan inspirasi untuk berjaya dalam hidup. Mula menulis azam atau impaian korang sekarang yang korang rasakan yang termampu contohnya korang ada angan angan nak dapat gred A dalam pelajaran atau nak kurus ker . hehe . Tampalkan dia mana mana sahaja korang boleh nampak supaya korang terus berusaha untuk mencapainya.
3. Berusha
Yang ini sangat penting. Hidup hanya sekali dan tak sepatutnya dipenuhi keluluhan demi keluluhan. Lebih baik korang bersyukur dan menikmati hidup sebaiknya. Tulis apa sahaja yang korang mahu di dalam bucket list sama ada nak melancong ke Paris , shopping , snokerlling di langkawi .
4. Kemajuan hidup
Bucket list ni membuatkan korang berani mencuba sesuatu perkara baru yang tidak diambil berat sebelum ini sekaligus memberikan korang kemajuan di dalam hidup. Jangan bersikap putus asa di tengah jalan jika impian tak tercapai korang perlu cuba dan terus cuba.
Example my bucket list :)
lebih kurang macam ini lah bucket list. Comel tak ? hehe . Hope korang enjoy dan dapat mencapai impian korang . Selamat mencuba :)
'I am always doing that which I cannot do , in order that I may learn how to do it ' - by Pablo Picasso







1 comment:
testtttttttttttt
Post a Comment